Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Program SPANS Bario buka lebih banyak peluang belia pedalaman
  • TEMPATAN

Program SPANS Bario buka lebih banyak peluang belia pedalaman

Utusan Sarawak 3 hours ago
LAWAT..Datuk Gerawat Gala melawat gerai pameran Program Jangkauan SPANS Dataran Tinggi Bario 2026 di Dewan Masyarakat Bario, semalam.

BARIO: Program Jangkauan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) di Dataran Tinggi Bario 2026 menjadi platform penting dalam membawa peluang pekerjaan, pendidikan serta pembangunan secara terus kepada masyarakat pedalaman, khususnya generasi muda di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, penganjuran program oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri untuk memastikan rakyat di peringkat akar umbi tidak tercicir daripada arus pembangunan.

Menurutnya, Bario memiliki identiti tersendiri dengan kekuatan luar biasa, selain kaya dengan keindahan alam semula jadi, budaya unik serta semangat masyarakat yang menjadi aset penting kepada pembangunan kawasan itu.

“Kadang-kadang signal di Bario mungkin perlahan sedikit, tetapi semangat masyarakat Bario sentiasa laju dan luar biasa.

LAWAT..Datuk Gerawat Gala melawat gerai pameran Program Jangkauan SPANS Dataran Tinggi Bario 2026 di Dewan Masyarakat Bario, semalam.

“Saya menggesa generasi muda Bario agar merebut segala peluang yang disediakan kerajaan termasuk peluang pekerjaan melalui SPANS, biasiswa Yayasan Sarawak dan latihan kemahiran menerusi CENTEXS,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena perasmian program tersebut di Dewan Masyarakat Bario, semalam.

Gerawat menegaskan, kerajaan menyediakan pelbagai platform untuk rakyat membina masa depan lebih cerah, namun kejayaan bergantung kepada usaha, disiplin dan kesungguhan individu.

Tambahnya, kerajaan Sarawak akan terus komited memperluas akses pendidikan, peluang pekerjaan serta pembangunan luar bandar dan pedalaman agar tiada rakyat yang dipinggirkan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada SPANS dan semua agensi terlibat atas kejayaan menganjurkan program berimpak tinggi itu demi manfaat rakyat Bario.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: 148 penerima terima Darjah Kebesaran Negeri Sarawak
Next: Projek Jambatan Batang Paloh, rekod 35 kali dilanggar kapal, punca kelewatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.