Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Portugal keluar syiling khas tampil wajah Ronaldo
  • GLOBAL

Portugal keluar syiling khas tampil wajah Ronaldo

Utusan Sarawak 8 months ago

Wajah Ronaldo diabadikan pada syiling €7. FOTO AFP/Instagram/cr7i

LONDON: Ketika kebanyakan negara meletakkan wajah ketua negara di atas mata wang mereka, Portugal sebaliknya mengabadikan wajah Cristiano Ronaldo di atas syiling €7 (RM32).

Syiling €7 (RM32) terbabit mendapat inspirasi daripada jersi ikonik penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal itu dan bakal menjadi tumpuan peminat pengumpul syiling serata dunia, menurut pakar duit syiling Dan Barret, hari ini.

Permukaan syiling khas itu bakal menampilkan wajah pemenang lima kali Ballon d’Or terbabit dengan perkataan ‘CR7’ yang timbul di atasnya.

Keputusan mengeluarkan syiling istimewa itu diambil sempena karier gemilang Ronaldo yang berusia 39 tahun. Dia menjaringkan 130 gol untuk negaranya selain membawa Portugal menjuarai Euro 2016 dan membantu A Selecao menjulang trofi Liga Negara-Negara pada 2019. 

Ronaldo yang baru-baru ini muncul individu pertama dalam sejarah mengumpul lebih 1 bilion pengikut di media sosial bakal menyaksikan wajahnya menghiasi syiling terbabit yang akan diiktiraf sebagai mata wang rasmi.

Ronaldo yang melepasi 900 gol dalam kariernya ketika menentang Croatia awal bulan ini turut menyasarkan untuk menjadi pemain pertama menjaringkan 1000 gol profesional sebelum menggantung but secara rasmi.

Continue Reading

Previous: Israel diberi tempoh 12 bulan tamatkan pendudukan di Palestin – Resolusi PBB
Next: Lubnan larang alat kelui, walkie-talkie dalam penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.