SIBU, 27 Nov: Persatuan Kebajikan Masyarakat Terabai Menua (PKTMS) Cawangan Sibu menghulurkan sumbangan berupa sebuah keranda kepada keluarga mendiang Akah Nasi, 58, yang meninggal dunia baru-baru ini.
Mendiang beralamat di Jalan Burung Tukan, Lorong Bahagia Selatan, Jalan Teku, Sibu.
Keranda tersebut disumbangkan oleh Pengerusi Induk Terabai Menua, Thomas Lobo, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan persatuan terhadap keluarga mendiang.
Penyerahan sumbangan berkenaan disempurnakan wakil persatuan, Ambrose Manggie, bagi pihak PKTMS Cawangan Sibu pada 25 November lalu.
Sumbangan ini diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban keluarga, khususnya dalam menguruskan urusan pengebumian mendiang.
Terabai Menua sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab kebajikan serta menghulurkan bantuan kepada ahli dan masyarakat yang memerlukan.
Usaha ini mencerminkan semangat persaudaraan, keprihatinan dan perpaduan yang menjadi pegangan persatuan.
Oleh Akun Giman




