Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • PKS platform perpaduan, pembangunan komuniti Kayan
  • Utara
  • WILAYAH

PKS platform perpaduan, pembangunan komuniti Kayan

Utusan Sarawak 4 weeks ago
DATO Dennis bergambar dengan ahli-ahli PKS Cwangan Marudi pada majlis makan malam PKS Marudi bagi tahun 2025.

MARUDI: Presiden Persatuan Kayan Sarawak (PKS) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato Dennis Ngau berkata, PKS ditubuhkan seperti juga dengan kaum lain di negeri ini adalah untuk membangunkan komuniti Kayan di negeri ini.

Katanya Persatuan Kayan adalah satu platform untuk menggalakkan dorongan dan sokongan komunti Kayan untuk mengenali antara satu dengan yang lain dan juga untuk mengeratkan tali kekeluargaan antara satu dengan yang lain.

Katanya meskipun jumlah komuniti Kayan tidak ramai di ngeri ini beliau yakin komuniti Kayan akan bertambah dari semasa ke semasa.

TAHNIAH… Dato Dennis Ngau menyampaikan insentif galakan kepada anak ahli PKS Marudi Radcliffe Oliver Bara Lawrence dari SMK Riam Miri yang mendapat 8A dalam SPM.

Malah beliau turut menggalakkan komuniti Kayan lebih banyak bercampur dengan masyarakat lain untuk mengenali budaya mereka sambil merapatkan tali perhubugan dan silaturahim antara satu dengan lain.

Dalam pada itu beliau menyarankan komuniti Kayan di sini untuk mengadakan lebih banyak aktiviti seperti Hari Keluarga untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dalam komuniti.

Beliau juga menasihatkan supaya komuniti Kayan tidak mengecilkan diri dan jika perlu lebih banyak bercampur dengan kaum-kaum lain untuk mengenali secara dekat budaya mereka.

“Kalau ada aktiviti yang berkaitan dengan suku kaum lain kita boleh ikut serta dan di situ kita boleh berkenalan dengan mereka secara dekat,” kayanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis makan malam 2025 PKS cawangan Marudi di sebuah restoran di sini malam tadi.

Berkenaan dengan adat dan budaya Komuniti Kayan, Dennis mahu melihat generasi hari ini perlu didedahkan kerana generasi berkenaan kurang mendapat pendedahan dan mengenali tentang budaya mereka sendiri.

Beliau mencadangkan untuk mengadakan seminar kepada belia berumur 20 tahun ke bawah yang akan mendedahkan kepada mereka tentang adat dan budaya suku kaum Kayan.

“Di sini saya ingin menyentuh pentingnya pendidikan kepada golongan belia kerana hanya melalui pendidikan sahaja maka komuniti Kayan boleh mencapai kemajuan dalam hidup untuk masa depan yang lebih baik,” tambah Dennis.

Pada majlis tersebut Dato Dennis Ngau mengumumkan geran Projek Kecil, Luar Bandar (MRP)sebanyak RM10,000 untuk keperluan PKS cawangan Marudi.

Oleh Jiku Juguong

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 15 persatuan, pertubuhan bergabung anjur Ramah Tamah Aidilfitri
Next: Peruntukan RM500,000 bina Dewan Terbuka SMK Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.