Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • PKP: Kepatuhan komuniti maritim memuaskan
  • TEMPATAN

PKP: Kepatuhan komuniti maritim memuaskan

Utusan Sarawak 5 years ago

LIONG CHAI LING

MIRI: Maritim Malaysia, Zon Maritim Miri telah melakukan Operasi Covid- 19 Laut di sepanjang perairan Miri, semalam.

Sebanyak tiga buah aset Maritim Malaysia diaturgerak sepanjang operasi ini dilaksanakan.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten (M) Md. Fauzi bin Othman berkata, operasi itu dilaksanakan bagi memastikan komuniti maritim mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang tempoh bermula 18 Mac 2020 sehingga ditamatkan.

“Sejak PKP dikuatkuasakan sehingga 22 April, Maritim Malaysia telah melaksanakan 211 jumlah pemeriksaan di perairan Miri.

“Sepanjang operasi dilakukan didapati tahap kepatuhan komuniti maritim terhadap arahan PKP adalah amat memuaskan di PKP fasa ketiga ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Fauzi berkata, kebanyakan vesel-vesel yang diperiksa semasa pemeriksaan merupakan kumpulan perkhidmatan penting (essential service).

“Kumpulan ini terdiri daripada vesel “offshore”, bot nelayan dan juga vessel kargo. “Hasil pemeriksaan tiada bot memancing rekreasi dikesan sepanjang operasi dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, Pasukan Polis Marin juga turut membantu dengan menggerakkan sebuah aset mereka.

Dalam pada itu, Fauzi berkata Maritim Malaysia akan terus meningkatkan penguatkuasaan undang-undang Maritim di perairan negara agar semua komuniti maritim dapat mematuhi undang-undang Malaysia dan juga arahan PKP yang sedang dilaksanakan.

“Kerjasama daripada masyarakat terutamanya komuniti maritim dalam memberikan maklumat amat dialu-alukan bagi membantu Maritim Malaysia dalam membanteras jenayah di laut,” katanya.

Oleh itu, untuk sebarang aduan dan maklum balas, orang awam bolehlah menghubungi terus ke Pusat Operasi Zon Maritim Miri ditalian 085-418204.

Sementara itu, Utusan Sarawak yang menyertai operasi bersama Covid-19 Laut semalam mendapati keadaan perairan di sini, terkawal.

Continue Reading

Previous: JPBNS akur saranan rakyat
Next: Perniagaan dalam talian alternatif terbaik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.