Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pilihan raya negeri: Pemuda PBB gerak jentera mulai tahun depan
  • SEMASA

Pilihan raya negeri: Pemuda PBB gerak jentera mulai tahun depan

Utusan Sarawak 6 months ago

GEDONG: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mula menggerakkan jentera mulai tahun depan sebagai persiapan untuk pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Ketua Pemudanya, Miro Simuh berkata bermula tahun depan pergerakan itu akan mengadakan lawatan di setiap 18 zon seluruh negeri dalam mengekalkan momentum serta langkah persediaan dalam mendepani pilihan raya negeri kelak.

“Kita akan pastikan pergerakan Pemuda kita akan sentiasa berada di barisan hadapan dalam menaikkan momentum parti ini bagi menghadapi PRN akan datang.

“Ini menjadi tanggungjawab dan peranan kepada Pemuda PBB dalam memastikan pentadbiran kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat diteruskan demi kebaikan negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu berkata demikian ketika berucap pada Program Perhimpunan Pemuda PBB Negeri di Dewan Datuk Patinggi Ali, Gedong hari ini.

Kali terakhir Sarawak mengadakan PRN ialah pada Disember 2021 dan tempoh lima tahun Dewan Undangan Negeri sekarang akan berakhir pada Disember 2026.

Miro berkata, tujuh tahun GPS dibawah pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg semakin maju dari segi pendapatan ekonomi dan landskap politik juga semakin meluas.

Jelasnya, pemimpin yang berpandangan jauh seperti Premier Sarawak dapat dijadikan sebagai contoh pemimpim terbaik Sarawak dalam meneraju pertumbuhan ekonomi.

Oleh Noor Ikmal dan Sharul Qaizat

Continue Reading

Previous: Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 – Fadillah
Next: Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan – Nancy

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.