Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Petronas bantu sedia bekalan makanan
  • TEMPATAN

Petronas bantu sedia bekalan makanan

Utusan Sarawak 5 years ago
DIAGIHKAN… Barangan makanan yang sedang diagihkan kepada penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri Samalaju di Bintulu.

ELLIE EDWARD

BINTULU: Sebanyak 9,250 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju menerima bantuan makanan yang diagihkan oleh petugas Pusat Khidmat DUN Samalaju di sini semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi berkata pengagihan itu melibatkan kawasan pedalaman, luar bandar, pinggir bandar dan penduduk di kawasan bandar yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.

“Untuk kawasan Samalaju, kita berterima kasih kepada Petronas kerana membantu menyediakan bekalan makanan bagi menampung keperluan di kawasan ini,” katanya kepada media di sini, semalam.

Menurutnya, pengagihan bantuan tersebut juga diberikan kepada penduduk di kawasan setinggan.

“Kira-kira 2500 Ketua Isi Rumah di kawasan setinggan Kidurong menerima pengagihan bantuan makanan terbabit,” katanya dan menambah, bantuan makanan itu turut diagihkan kepada penduduk di Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Kidurong.

Pengagihan bekalan makanan di kawasan DUN masih diteruskan dan diagihkan secara berperingkat-peringkat kepada penerima.

Jelas beliau pengagihan tersebut dilakukan dengan kerjasama Pejabat Daerah Bintulu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Bintulu.

Continue Reading

Previous: “Tidak kekok berniaga atas talian”
Next: Beri kerjasama kepada pasukan petugas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.