Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pesta Saratok 2025 kembali
  • Tengah
  • WILAYAH

Pesta Saratok 2025 kembali

Utusan Sarawak 2 months ago
MESYUARAT…. Mohamad Duri menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pesta Saratok 2025 Bilangan 1/2025 yang telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid bertempat di Pejabat Daerah Saratok, semalam.

SARATOK: Pesta Saratok 2025 kini kembali lagi apabila ia dicadang dianjurkan pada 28 Jun hingga 6 Julai nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata penganjuran Pesta Saratok pada kali ini akan dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Kalaka sebagai tuan rumah.

“Seperti penganjuran tahun lepas, aktiviti utama yang bakal menjadi tarikan para pengunjung dari dalam dan luar daerah ini iaitu acara lumba perahu atau lebih dikenali sebagai Regata Kalaka 2025.

“Selain penganjuran Regata Kalaka, pelbagai aktiviti dan pengisian program bakal menemui pengunjung sepanjang berlangsungnya penganjuran pesta Saratok yang bakal berlangsung selama sembilan hari itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pesta Saratok 2025 Bilangan 1/2025 yang telah dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid bertempat di Pejabat Daerah Saratok, semalam.

Mohamad Duri berkata antara cadangan pengisian program pada Pesta Saratok 2025 adalah Saratok Kitchen, pertandingan memasak, pertandingan dart, pertandingan petanque, kempen derma darah, pertandingan bola keranjang, Fun Run/Plogging, pameran pembangunan.

Selain itu, perahu berhias, pertandingan pangkah gasing tradisional Saratok, Slingshot, menyumpit, bertandak, Ratu Pesta Saratok 2025, pertandingan memancing, tarik tali, jualan Pesta Saratok 2025 dan kemuncaknya adalah Regata Kalaka 2025.

“Selaku Penaung Pesta Saratok 2025, saya mengharapkan penganjuran pada kali ini dapat meningkatkan lebih lagi ekonomi penduduk setempat daripada penganjuran edisi sebelum-sebelum ini.

“Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk menambah baik penganjuran pada tahun ini bagi menerima kunjungan semua lapisan masyarakat bagi memeriahkan lagi Pesta Saratok 2025,” katanya.

Justeru itu, kata Mohamad Duri pihaknya akan memuktamadkan lagi senarai acara dan program Pesta Saratok serta hadiah wang tunai Regata Kalaka 2025 pada mesyuarat seterusnya nanti.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Banjir kilat landa pekan Niah
Next: Perkukuh kesiapsiagaan, tingkatkan kecekapan respon kecemasan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.