Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Pertubuhan amal di Saratok genap 10 tahun, beri komitmen berterusan
  • Tengah
  • WILAYAH

Pertubuhan amal di Saratok genap 10 tahun, beri komitmen berterusan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PEMANCA Lim Guan Ann merasmikan majlis sambutan ulang tahun Ke-10 Pertubuhan Amal dan Pendidikan Akhlak Ji Yuan Shan She Saratok dekat sini, semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Pertubuhan Amal dan Pendidikan Akhlak Ji Yuan Shan She Saratok telah genap 10 tahun penubuhannya pada tahun ini.

Pengerusinya, Pemanca Lim Guan Ann berkata pihaknya akan memberi komitmen berterusan untuk membantu dan menyumbang kepada golongan kurang bernasib baik terutamanya di Daerah Saratok.

“Kita sedar masih ramai orang yang kurang bernasib baik dalam masyarakat yang memerlukan pertolongan dalam hidup mereka.

“Selaku Badan Bukan Kerajaan (NGO), kami di Pertubuhan Amal dan Pendidikan Akhlak Ji Yuan Shan She Saratok bertanggung jawab untuk mencapai keterangkuman sosial untuk membantu meringankan beban golongan miskin, kurang upaya, ibu tunggal dan yang terpinggir dalam masyarakat sebagai insan yang produktif,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis sambutan ulang tahun ke-10 Pertubuhan Amal dan Pendidikan Akhlak Ji Yuan Shan She Saratok dekat sini, semalam.

Lim berkata Pertubuhan Amal dan Pendidikan Akhlak Ji Yuan Shan She adalah sebuah pertubuhan yang sangat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan di Daerah Saratok dan sekitarnya. 

“Antara aktiviti pertubuhan yang dilaksanakan pada tahun lepas adalah membantu mangsa-mangsa kebakaran di Saratok, pertubuhan ini bersama ahli turun padang membantu mereka yang memerlukan.

“Pertubuhan Amal Dan pendidikan Akhlak Ji Yuan Shan She Saratok akan sentiasa membantu masyarakat tidak kira komuniti Cina, Iban mahupun Melayu. Semoga pertubuhan ini semakin maju dan makmur hendaknya,” ujarnya.

Lim berharap agar semangat perpaduan di antara ahli semakin akrab dan rapat demi bersama-sama membantu dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di daerah itu.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Murum pantau banjir di Uma Kulit
Next: 28 Ketua Kaum, seorang Penghulu Zon Pantu terima watikah pelantikan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.