Penutupan sementara separuh jalan Samarahan, Sebuyau, Lubok Bunting mulai 12 Julai ini

Facebook
WhatsApp
NOTIS pemberitahuan penutupan sementara separuh jalan bagi laluan jalan Samarahan, Sebuyau, Lubok Bunting Bahagian Samarahan. Foto JKR Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan penutupan sementara separuh jalan bagi laluan jalan Samarahan, Sebuyau, Lubok Bunting Bahagian Samarahan bagi kerja-kerja penurapan jalan.

Penutupan ini akan melibatkan kerja-kerja yang dijadualkan bermula pada 12 Julai dan dijangka selesai pada 11 Oktober 2025.

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa melalui kawasan pembinaan tersebut dan mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan aliran trafik sepanjang tempoh kerja-kerja dijalankan boleh diajukan kepada Pejabat JKR Bahagian Samarahan di talian 082-672860 waktu pejabat.

JKR turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan di kawasan kerja-kerja pembinaan.

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang

Bakat AI luar bandar tidak boleh tercicir

KOTA SAMARAHAN: Peluang mempelajari teknologi kecerdasan buatan (AI) perlu diperluas kepada murid di luar bandar supaya mereka turut mempunyai ruang