Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Penunggang maut motosikal terbakar dalam kemalangan kendiri
  • KEMALANGAN

Penunggang maut motosikal terbakar dalam kemalangan kendiri

Utusan Sarawak 8 months ago

KUCHING: Seorang penunggang maut apabila motosikalnya terbakar setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, jam 11.20 malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki Cina tempatan berusia 25 tahun disahkan meninggal dunia pada 12.27 tengah malam selepas dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS). 

“Motosikal mangsa dilaporkan sedang bergerak dari arah Jalan Stakan menuju ke Jalan Satok.

“Apabila sampai di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, motosikal tersebut tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas sehingga melanggar pokok di sebelah kiri jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Farhan, mangsa mengalami kecederaan cedera parah dan disahkan meninggal dunia di wad kecemasan.

Kes kini disiasat di bawah seksyen 41(1) APJ 1987 iaitu memandu dengan melulu atau merbahaya sehingga menyebabkan kematian.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh membawa hukuman penjara selama 10 tahun dan denda sebanyak RM50,000,” katanya.

Sehubungan itu kata Farhan, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan.

Katanya, mereka boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Insp. Shazwina Alfera Ah Yit @ Suaip di talian 016-7433078 dan di talian 082-259900 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

“Orang ramai juga dinasihati supaya sentiasa berhati-hati semasa memandu serta mematuhi undang-undang jalan raya untuk mengelakkan kemalangan berlaku serta faktor-faktor lain yang diluar jangkaan,” katanya.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Premis kedai kopi hampir musnah terbakar
Next: Bomba selamatkan pemandu, lori treler jatuh dalam gaung

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.