Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peniaga Bazar Ramadan diingatkan jaga kebersihan
  • Tengah
  • WILAYAH

Peniaga Bazar Ramadan diingatkan jaga kebersihan

Utusan Sarawak 2 months ago
AGIH… Datuk Dr Annuar Rapa’ee (kiri) mengagihkan topi dan apron yang ditaja oleh Petros kepada salah seorang peniaga semalam.

SIBU: Peniaga di Bazar Ramadan diingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan dan kualiti makanan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam soal keselamatan makanan, dan tindakan tegas boleh diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan.

RAKAM KENANGAN… Datuk Dr Annuar Rapa’ee bersama yang lain pada majlis perasmian Bazar Ramadan Sibu 2025.

“Sekiranya pelanggan mendapati makanan tidak berkualiti atau rosak, mereka boleh melaporkannya kepada pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Majlis Perbandaran Sibu (MPS) atau pusat khidmat kami untuk tindakan lanjut,” katanya ketika merasmikan Bazar Ramadan Sibu 2025 di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I, semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, sebanyak 110 gerai mula beroperasi dengan menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa kepada pengunjung.

“Walaupun umat Islam belum mula berpuasa esok, pembukaan bazar lebih awal memberi peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan juadah pilihan mereka.

“Selain itu, bazar tahun ini mengekalkan konsep sama seperti edisi terdahulu tetapi dengan beberapa penambahbaikan, termasuk ruang lebih luas bagi memastikan keselesaan pengunjung,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Annuar turut menjemput orang ramai menyertai program khas Sungkei Perdana pada 15 Mac ini di Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I.

“Program ini bertujuan menggalakkan masyarakat berbuka puasa secara santai dalam suasana berkelah. Kita boleh membeli juadah di bazar dan berbuka puasa bersama-sama di dataran yang disediakan,” katanya.
OLeh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rondaan pemantauan MTL kawasan berisiko banjir
Next: Bantu masjid, surau jalankan aktiviti keagamaan sepanjang Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.