Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Penguang zahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak
  • TEMPATAN

Penguang zahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago
SESI TEMU RAMAH… Datu Penguang Manggil semasa mengadakan sesi temu ramah bersama rakannya Bana Jimbat untuk rakaman bagi program ‘Sarawak Mansang.’

MARUDI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi merangkap Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr. Penguang Manggil bagi pihak rakyat di kawasan Marudi menzahirkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta barisan Kabinet negeri Sarawak dan ketua-ketua jabatan kerajaan yang telah banyak membantunya selama empat tahun menjadi wakil rakyat.

Beliau menzahirkan penghargaan tersebut ketika mengadakan sesi rakaman temu ramah bagi program “Sarawak Mansang” khususnya kepada pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Marudi, baru-baru ini.

Antara yang beliau tekankan ialah pembangunan infrastruktur asas luar bandar yang telah di usahakan selama empat tahun sejak menjadi wakil rakyat.

Antara projek yang beliau tekankan ialah Pembinaan Jambatan Marudi, menaik taraf dan membaik pulih bekalan elektrik dan bekalan air bersih luar bandar.

Selain itu tegasnya, beliau juga berusaha untuk menaik taraf telekomunikasi, projek pertanian, menaik taraf utiliti awam, infrastruktur dan keagamaan, pembangunan sosial, kebajikan dan inisiatif penyukatan tanah NCR.

Oleh Jiku Juguong

Continue Reading

Previous: Fasa 2 Hospital Sri Aman siap Februari 2021
Next: Sistem saliran Tanjung Sebekut dinaik taraf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.