Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Penghuni terkejut ular tedung selar ‘tumpang’ dalam almari  
  • Tengah
  • WILAYAH

Penghuni terkejut ular tedung selar ‘tumpang’ dalam almari  

Utusan Sarawak 7 months ago
BAHAYA… Petugas APM Sri Aman menangkap seekor ular tedung selar yang bersembunyi dalam almari sebuah keluarga di Taman Bayu, Bandar Simanggang, semalam.

SIMANGGANG: Sebuah keluarga di Taman Bayu di sini boleh dikatakan bertuah setelah terlepas daripada menjadi mangsa patukan ular tedung selar di kediaman mereka, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman, Leftenan (PA) Kamal Bujang berkata, sebelum kejadian, pengadu hendak mengambil sesuatu dari almari sebelum menyedari kehadiran haiwan berbisa itu.

“Keluarga pengadu terkejut setelah mendapati seekor ular tedung selar berlingkar di dalam almari berkenaan dan segera melarikan diri dari bilik tersebut sebelum haiwan berbisa itu bertindak mencederakan mereka,” kata Kamal.

Pengadu kata beliau segera bertindak menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Sri Aman untuk melaporkan kejadian dan memohon pertolongan bagi menangkap ular tedung selar berkenaan.

Sebaik sahaja panggilan diterima, Kamal segera mengerah sekumpulan petugas ke kediaman keluarga pengadu dengan ular tedung selar berukuran tiga kaki panjang itu akhirnya berjaya ditangkap melalui teknik menjerut.

“Para petugas kemudiannya bertindak melakukan pemeriksaan rambang di kawasan dalam dan luar kediaman pengadu untuk memastikan ia bebas daripada kehadiran haiwan liar yang lain.

“Haiwan ini dikurung di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM dekat sini dan akan dilepaskan ke habitat asal yang terletak jauh dari penempatan orang ramai setelah penemuannya dilapor kepada pihak Jabatan Perhilitan,” katanya.

Orang ramai, kata Kamal, boleh bertindak bertindak menghubungi APM Sri Aman melalui talian 083320973 jika berhadapan dengan pelbagai situasi kecemasan bagi tujuan tindakan lanjut.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Isu bekalan air di kawasan Durin segera ditangani
Next: APM musnahkan lebah bersarang di dahan pokok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.