Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Penganggur miliki 46 rekod lampau ditahan kes curi komponen lori
  • JENAYAH

Penganggur miliki 46 rekod lampau ditahan kes curi komponen lori

Utusan Sarawak 8 months ago

NIBONG TEBAL: Seorang penganggur dengan 46 rekod jenayah ditahan Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian komponen lori di Simpang Ampat.

Ketua Polis Daerah SPS Supt Chong Boo Khim berkata suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada Rabu, susulan laporan kecurian komponen lori di kawasan tersebut.

“Suspek mengaku terlibat bersama dua rakan yang masih bebas, dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Chong berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah van yang dilaporkan dicuri di Bukit Tengah. Suspek kini direman empat hari hingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. – Bernama

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: ‘Counter setting’: Dua pegawai Imigresen ditahan termasuk dalang utama
Next: Polis tahan lelaki, rampas 221 gram dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.