Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Penerbangan dibatalkan selepas penumpang dakwa enjin terbakar di Papua
  • GLOBAL

Penerbangan dibatalkan selepas penumpang dakwa enjin terbakar di Papua

Utusan Sarawak 7 months ago

Penumpang keluar dari pesawat. Foto Antara

JAKARTA: Sebuah pesawat Boeing 737-500 milik Trigana Air yang membawa 121 penumpang terpaksa membatalkan penerbangannya ke Wamena pada Selasa selepas dakwaan seorang penumpang tentang kebakaran enjin mencetuskan panik di Lapangan Terbang Sentani di Jayapura, Papua.

Insiden itu berlaku sekitar 11.21 pagi waktu tempatan ketika pesawat sedang bergerak ke arah landasan dan api yang kelihatan menyebabkan pengosongan pesawat terpaksa dilakukan.

“Empat penumpang cedera ringan semasa proses pengosongan yang kelam-kabut,” kata Pengurus Perhubungan Pemegang Kepentingan Lapangan terbang, Surya Eka, dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kecederaan berlaku apabila seorang penumpang yang cemas melihat api, membuka pintu kecemasan, mencetuskan panik dalam kalangan penumpang lain.

“Ini mendorong orang ramai bergegas keluar ke apron dan melarikan diri dalam keadaan panik,” katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa keselamatan lapangan terbang berkata dakwaan kebakaran enjin oleh seorang penumpang adalah tidak benar.

Timbalan Pesuruhjaya Kanan Polis Jayapura, Umar Nasatekay, berkata: “Pramugari terpaksa membuka pintu kecemasan atas desakan penumpang apabila keadaan menjadi tegang.”

Pesawat itu kemudiannya ditarik ke kawasan parkir untuk pemeriksaan lanjut dan dilarang terbang sementara pihak berkuasa menyiasat punca kebakaran enjin.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Anak gajah Sumatera diancam pupus, berjaya dilahirkan di Indonesia
Next: Gunung berapi meletus lagi, selepas ragut 9 nyawa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.