Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan
  • SEMASA

Pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan

Utusan Sarawak 7 months ago
GAMBAR hiasan.

PUTRAJAYA: Pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, hal ini memandangkan jumlah pekerja asing dalam negara setakat 15 Sept lepas didapati menghampiri jumlah siling yang ditetapkan.

Saifuddin Nasution berkata jumlah pekerja asing dalam negara dipandu oleh ketetapan Kementerian Ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan guna tenaga kerja dalam negara.

“Kerajaan akan meneliti dan membuat pertimbangan semula berhubung ketetapan pembukaan kuota penggajian pekerja asing.

“Maka, dimaklumkan bahawa pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing adalah diteruskan sehingga suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tempoh pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0, katanya telah tamat pada 31 Disember 2023 dan kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melaksanakan program pemutihan baharu pada masa akan datang. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 670 mangsa banjir di tiga negeri setakat 9.30 pagi
Next: Jadikan Sarawak ‘bandar kasih sayang’, bantu penduduk pacu ekonomi negeri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.