IPU tidak sihat di empat kawasan, Serian catat 169

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 9.00 malam ini.

KUCHING: Empat kawasan di Sarawak masih merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.00 malam ini.

Berdasarkan pemantauan kualiti udara, Serian mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 169, diikuti Lundu dengan 154, Samarahan (152) dan Kuching (151).

Sementara itu, sebanyak 12 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, iaitu antara 51 hingga 100.

Kawasan berkenaan ialah Sri Aman (89), Sarikei (68), Sibu (66), Mukah (65), Kapit (58), Bintulu (63), Samalaju (66), Tebedu (90), Lubok Antu (93), Kanowit (88), Belaga (91) dan Betong (92).

Lima kawasan pula berada pada tahap baik, iaitu Miri dengan bacaan 45, ILP Miri (28), Limbang (32), Lawas (49) dan Bario (28).

Secara keseluruhannya, tiada kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat atau berbahaya setakat 9.00 malam ini.

Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sebagai sederhana, manakala 101 hingga 200 sebagai tidak sihat.

Bacaan antara 201 hingga 300 pula dikategorikan sebagai sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 diklasifikasikan sebagai berbahaya.

Oleh Norman B