Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pastikan penduduk daftar divaksin
  • TEMPATAN

Pastikan penduduk daftar divaksin

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK Dr Abdul Rahman Junaidi (tengah) memyampaikan sumbangan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Dewan Undangan Negeri Pantai Damai pada Sabtu.

KUCHING: Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai perlu memastikan penduduk yang berusia 18 tahun ke atas berdaftar di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, pendaftaran mendapatkan adalah vaksin penting bagi membolehkan masyarakat mendapat pelindungan tambahan.

Malah menurutnya, vaksin tersebut juga akan memberi sokongan psikologi kepada penerima supaya lebih yakin dalam menempuhi kehidupan disebalik penularan Covid-19.

“Kalau boleh masyarakat di kawasan kita berada dalam senarai teratas dalam program vaksinasi ini.

“Oleh itu, kita perlu memastikan tiada masyarakat tertinggal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Minum Petang Bersama Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) DUN N.4 Pantai Damai, Sabtu lalu.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, KMKK juga perlu bekerjasama dengan agensi kerajaan dalam mengekang Covid-19 daripada terus menular.

“Banyak perkara telah kita lakukan termasuk menghulurkan bantuan kepada keluarga yang terlibat dengan kuarantin di rumah.

“Jika ada lagi masyarakat di kawasan kita yang dikenakan kuarantin, maklumkan terus kepada agensi terlibat agar bantuan segera dapat disalurkan,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman berkata, setiap projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang dilaksanakan memerlukan pemantauan berterusan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Ia untuk memastikan setiap projek dilaksanakan dengan lancar dan mengikut spesifikasi yang dikehendaki,” jelasnya.

Hadir sama Pemanca Kuching Utara Rashidi Junai.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: Bantu sediakan kediaman selesa
Next: Aplikasi Bandar Pintar diperluas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.