Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Paras air sungai di Song pada tahap waspada
  • Tengah
  • WILAYAH

Paras air sungai di Song pada tahap waspada

Utusan Sarawak 2 months ago
TERKINI….Keadaan di Rh John Malee, Nanga Embuau, Song. Foto Bomba Song. 

SONG: Hasil rondaan di rumah panjang (Rh) Kelau, Nanga Lijau dan Rh John Malee, Nanga Embuau mendapati air sungai ketika ini berada pada paras waspada.

Penduduk Rh Kelau (Nanga Lijau) dan Rh John Malee (Nanga Embuau) dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada ketika paras air naik.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak menerusi kenyataannya memberitahu, pasukan bomba diketuai oleh Azman Hanapis bersama pihak polis daerah Song diketuai oleh Sarjan Zekaria Boyan telah membuat pemeriksaan dari segi fizikal di kawasan rumah panjang tersebut, pagi tadi.

“Sepanjang rondaan, didapati keadaan cuaca adalah mendung. Trend air sungai ketika ini adalah paras waspada.

“Pasukan bomba memberi nasihat kepada penduduk rumah panjang supaya berjaga-jaga ketika paras air naik. 

“Pasukan bomba akan menjalankan rondaan dan pemantauan dari semasa ke semasa, ” katanya.

Continue Reading

Previous: PPWS pacu pembangunan wanita Sarawak
Next: 200 bubur lambuk diagihkan kepada penduduk Kampung Usahajaya Baru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.