
BINTANGOR: Seekor ular berjaya ditangkap oleh anggota bomba selepas ditemui berada di dalam sebuah rumah di Lorong 6, Taman Bintang, petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata kejadian berlaku kira-kira 2.08 petang apabila pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada penghuni rumah terbabit.
“Selepas menerima panggilan, ketua operasi Pegawai Bomba Kanan II Bahani Bajuri bersama dua anggota segera dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, pasukan kami mendapati terdapat seekor ular berada di dalam rumah pengadu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Mahmudin, ular berkenaan berjaya ditangkap dengan menggunakan alat penjerut khas.
“Misi khas ini selesai sepenuhnya pada 2.18 petang tanpa sebarang insiden tidak diingini,” tambah beliau.
Oleh Earl Anek