Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Naik taraf Jalan Kampung Kakai dijangka siap Disember ini
  • TEMPATAN

Naik taraf Jalan Kampung Kakai dijangka siap Disember ini

Utusan Sarawak 5 years ago
PENYERAHAN… John Ilus ketika menyempurnakan majlis serah tapak projek menaik taraf Jalan Kampung Kakai, Kakai Selatan, Lorong Sg. Angkam, Serian, semalam. •Foto Ihsan: UKAS

SERIAN: Projek naik taraf Jalan Kampung Kakai, Kakai Selatan di sini dijangka siap menjelang bulan Disember nanti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus berkata, ia merupakan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di bawah DUN Bukit Semuja.

“Skop projek ini ialah meliputi naik taraf jalan dalam kampung sepanjang 922 meter dan menurap jalan dalam kampung sepanjang 1,314 meter,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis serah tapak projek menaik taraf Jalan Kampung Kakai, Kakai Selatan, Lorong Sg. Angkam, Serian, semalam.

“Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kakai yang telah berusaha untuk memohon projek pembangunan dan prihatin tentang kekurangan di kampung.

“Ini merupakan projek kedua di bawah RTP, yang pertama projek pembinaan parit yang telah siap pada tahun 2019,” ujarnya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Serian merangkap Pengerusi Majlis Daerah Serian, Lim Hock Meng.

Majlis Daerah Serian merupakan agensi pelaksana dan Syarikat Kasi Murni adalah kontraktor yang bertanggungjawab bagi menyiapkan projek berkenaan.

End//

Caption:  John Ilus ketika menyempurnakan majlis serah tapak projek menaik taraf Jalan Kampung Kakai, Kakai Selatan, Lorong Sg. Angkam, Serian, semalam.

Oleh Zarina Abdullah

Continue Reading

Previous: Prasarana sekolah di DUN Kabong terus dipertingkatkan
Next: Platform belia ceburi perniagaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.