520 warga emas cipta rekod Malaysia Book of Records menerusi pemakaian cheongsam

Facebook
WhatsApp
PEGAWAI Rasmi Malaysia Book of Records (MBOR), Siti Hajar Johor, menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng, selepas MBKS diiktiraf sebagai pemegang rekod 'Penyertaan warga emas terbanyak memakai cheongsam dalam satu acara'.

KUCHING: Seramai 520 warga emas berusia 60 tahun ke atas mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penyertaan dalam Festival Kebudayaan Cheongsam Keempat 2026 di Dewan Masyarakat, Jalan Padungan, di sini, hari ini.

Pencapaian itu diiktiraf dalam kategori ‘Penyertaan warga emas terbanyak memakai cheongsam dalam satu acara’.

Sijil pengiktirafan berkenaan diserahkan oleh Pegawai Rasmi Malaysia Book of Records (MBOR), Siti Hajar Johor, kepada Datuk Bandar Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng, selaku wakil MBKS yang diiktiraf sebagai pemegang rekod berkenaan hari ini.

DATO Wee Hong Seng bergambar bersama peserta Festival Kebudayaan Cheongsam Keempat 2026 selepas MBKS diiktiraf sebagai pemegang rekod Malaysia Book of Records.

Program berkenaan dianjurkan dengan kerjasama Persekutuan Persatuan Wanita Cina Sarawak (SFCWA).

Peserta berusia 60 tahun ke atas tampil mengenakan pelbagai rekaan dan warna cheongsam, selain mengambil bahagian dalam persembahan tarian serta aktiviti yang disediakan sepanjang festival.

Suasana bertambah meriah apabila peserta memperagakan cheongsam masing-masing sambil menyertai persembahan, sekali gus menjadikan festival itu bukan sekadar acara kebudayaan tetapi turut menghimpunkan warga emas dalam suasana santai dan meriah.

Oleh Afiq Sallehi

PEKEMA sedia hadapi peralihan pengguna kepada EV

KUCHING: Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu (PEKEMA) melihat peralihan cita rasa pengguna daripada kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada kenderaan