Nahas helikopter: Semua lima mangsa ditemukan dalam pesawat

Facebook
WhatsApp
EMPAT mangsa berjaya dikeluarkan dari bangkai helikopter, manakala pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan seorang lagi mangsa. Foto ihsan JBPM Sarawak

MIRI: Kesemua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram ditemukan berada di dalam pesawat berkenaan.

Setakat ini, empat mangsa berjaya dikeluarkan dari bangkai helikopter, manakala pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan seorang lagi mangsa.

Operasi mengeluarkan mangsa masih dijalankan di lokasi kejadian dengan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Oleh Liong Chai Ling

Lori terbalik, dua lelaki cedera

SELANGAU, 16 Oktober: Dua lelaki cedera selepas sebuah lori terbabas sebelum terbalik di tepi jalan di Kilometer 114, Jalan Sibu-Bintulu,