ANDY Murray bangkit daripada ketinggalan dua set untuk memenangi aksi lima set menarik menentang pemain Jepun, Yoshihito Nishioka, dalam perlawanan perseorangan pertama Grand Slam beliau dalam tempoh 18 bulan kerana kecederaan dan wabak Covid-19.
Murray mengesahkan kemenangan yang menakjubkan 4-6, 4-6, 7-6 (7/5), 7-6 (7/4), 6-4 dalam masa 4 jam dan 39 minit menentang Nishioka yang berada di kedudukan ke-49 dunia.
Pemain dari Scotland itu yang hampir tidak bermain pada 2020 berkata, dia banyak belajar tentang keadaan keadaan fizikalnya dan pinggul logam yang dia terima semasa pembedahan tahun lalu.
Murray akan menentang pilihan ke-15 dari Kanada, Felix Auger-Allassime dalam pusingan kedua.
Dalam perlawanan lain, pilihan nombor dua, Dominic Thiem mara ke pusingan dua apabila lawan beliau Jaume Munar bersara selepas set kedua di Stadium Louis Armstrong.
Munar ketinggalan sebelum permulaan set ketiga, dengan Thiem dari Austria mendahului 7-6 (8/6), 6-3.
Thiem dan pilihan ketiga, Daniil Medvedev unggul dalam undian dengan ketiadaan Rafael Nadal, atas ketakutan Covid-19, dan legenda Switzerland, Roger Federer kerana kecederaan.
Thiem kini akan berdepan Sumit Nagal dari India, yang menjadi orang India pertama sejak 2013 layak ke pusingan kedua acara Grand Slam dengan kemenangan 6-1, 6-3, 3-6, 6-1 ke atas Bradley Klahn dari Amerika Syarikat.
Terbuka Amerika Syarikat (AS) berlangsung dalam suasana bebas penonton di Pusat Tenis Nasional AS di New York.
Pergerakan pemain dikawal dengan ketat dan semua orang di lokasi diuji secara berkala untuk mengurangkan risiko jangkitan.
Manakala, Benoit Paire dari Perancis diketepikan daripada kejohanan pada hari Ahad setelah diuji positif Covid-19. – AFP