Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MT PBB: Jefferson Jamit raih undi tertinggi sayap Pesaka
  • SEMASA

MT PBB: Jefferson Jamit raih undi tertinggi sayap Pesaka

Utusan Sarawak 3 months ago
Datuk Jefferson Jamit
Lidam AssanĀ 
John Ilus
Michael Mujah

PETRA JAYA: Datuk Jefferson Jamit Unyat meraih undi terbanyak untuk jawatan Majlis Tertinggi (MT) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bagi sayap Pesaka.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-undang dan Adat Bumiputera) itu memperoleh 1,029 undi.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PBB, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah pada hari terakhir Perhimpunan Agung ke-16 PBB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini hari ini.

Kedua tertinggi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, 

Lidam Assan (1,015 undi); ADUN Bukit Semuja, John Ilus (993); Senator Michael Mujah (984); Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu (976).

ADUN Tebedu, Dr Simon Sinang Bada (954); Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin (934); Dato Daniel Jubang (930); ADUN Batu Danau, Dato Palu @Paulus Gumbang (904).

Timbalan Menteri Pengangkutan (Penerbangan dan jalan Raya), Datuk Dr Jerip Susil pula mendapat 899 undi; ADUN Telang Usan, Dato Dennis Ngau (869); Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong (816); Leonard Jambu (728) dan Jawan Nyaun (624).

Seramai 19 calon bersaing merebut 14 jawatan MT bagi sayap Pesaka dengan penampilan 19 calon.

Kebanyakan jawatan kanan PBB bagi sayap Pesaka tidak ditandingi pada perhimpunan agung kali ini.

Ia bermula dari jawatan Timbalan Presiden yang disandang oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Satu lagi disandang oleh wakil Bumiputera, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Ini disusuli, Naib Presiden Kanan, yang dimenangi Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom bagi sayap Pesaka tanpa dicabar. Sayap Bumiputera diwakili Dato Sri Fadillah Yusof, juga menang tanpa bertanding.

Tiga jawatan Naib Presiden bagi sayap Pesaka juga dimenangi tanpa dicabar dan terus kekal disandang oleh Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Datuk Gerawat Gala dan Dato Gerald Rentap Jabu.

Continue Reading

Previous: Lima muka baharu antara 16 calon menang jawatan MT PBB
Next: MT PBB: Kemenangan bantu saya bersama pucuk pimpinan rangka dasar bantu anak muda – Syed Hamzah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.