Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MPS komited tingkatkan kemudahan awam
  • Tengah
  • WILAYAH

MPS komited tingkatkan kemudahan awam

Utusan Sarawak 3 weeks ago
SIMBOLIK… Clarence Ting (lima kiri) melakukan simbolik pelepasan pada sambutan Hari Bumi Sedunia anjuran MPS di Taman Tasik Permai, hari ini.

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) komited dalam meningkatkan kemudahan awam di daerah ini, termasuk di Taman Tasik Permai, sebagai usaha menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) menjelang 2030.

Pengerusinya, Clarence Ting Ing Horh berkata, pelbagai inisiatif sedang dijalankan di taman tersebut antaranya pembinaan tempat letak kereta baharu dan penaiktarafan laluan pejalan kaki untuk kemudahan orang ramai.

“Kita mahu menjadikan taman-taman di Sibu lebih baik untuk dinikmati semua lapisan masyarakat. Oleh itu, kami berharap orang ramai menggunakan dan menjaga kemudahan ini seolah-olah ia milik sendiri,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Bumi Sedunia anjuran MPS di Taman Tasik Permai, di sini, hari ini.

SAMBUTAN Hari Bumi Sedunia mendapat sambutan yang memberangsangkan di Taman Tasik Permai, hari ini.

Beliau turut menzahirkan kebimbangan terhadap kejadian vandalisme yang dilaporkan di beberapa kawasan taman dan menggesa orang ramai untuk segera memaklumkan kerosakan kepada pihak majlis bagi membolehkan tindakan pembaikan diambil.

Mengulas lanjut tentang SDG, Ting berkata inisiatif yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu pada 2015 menjadi panduan penting dalam usaha memastikan pembangunan mampan, termasuk membasmi kemiskinan dan memastikan tiada pihak yang tercicir.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada JCI Sibu kerana menjadi antara pihak terawal membawa kesedaran tentang SDG ke Sibu sejak 2016,” katanya.

Menurut beliau, sambutan Hari Bumi hari ini turut melambangkan komitmen semua pihak dalam memastikan bumi terus dipelihara demi generasi akan datang.

“Kita perlu berganding bahu kerajaan, syarikat dan masyarakat untuk memastikan impian menjadikan Sibu tempat yang lebih baik dapat direalisasikan,” katanya.

Ting turut menggesa orang ramai untuk mengamalkan langkah kecil seperti tidak membuang sampah merata-rata, mengurangkan penggunaan plastik dan mengamalkan kitar semula sebagai sebahagian daripada usaha memelihara alam sekitar.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pemeriksaan prestasi projek RTP Kuala Rajang dilaksana di Kampung Selalang
Next: Ceramah keselamatan kebakaran tingkatkan kesedaran penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.