Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Moscow, Beijing rancang bangun loji tenaga nuklear di Bulan – Roscosmos
  • GLOBAL

Moscow, Beijing rancang bangun loji tenaga nuklear di Bulan – Roscosmos

Utusan Sarawak 1 year ago
REAKTOR nuklear di Teluk Shidao, China ialah loji tenaga nuklear penyejukan gas pertama di dunia. Foto CCTV News

ISTANBUL: Ketua perbadanan angkasa lepas Rusia, Roscosmos, semalam berkata, Rusia dan China merancang membangunkan loji kuasa nuklear di Bulan antara 2033 dan 2035.

“Kami serius mempertimbangkan projek itu antara 2033 dan 2035 untuk menghantar dan memasang loji janakuasa di permukaan bulan bersama-sama rakan kami di China,” lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Yury Borisov sebagai berkata pada Festival Belia Sedunia di Sirius.

LOJI kuasa yang dibina di Shandong, China, menghasilkan tenaga dari dua reaktor suhu tinggi yang disejukkan oleh gas bukannya air.
Foto CCTV News

Borisov berkata, misi itu perlu dijalankan secara automatik menggunakan kaedah robotik, dengan penyelesaian teknologi yang diperlukan untuk tujuan itu kini hampir siap.

Roscosmos dan Pentadbiran Angkasa China telah menandatangani Memorandum Persefahaman dan Kerjasama pada Mac 2021 untuk mewujudkan Stesen Lunar Saintifik Antarabangsa. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Raja Norway, Raja Harald V dirawat di hospital Malaysia
Next: Anwar tarik lebih banyak perniagaan Jerman melabur di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.