Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • MOM cadang kaedah baharu pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025
  • SUKAN

MOM cadang kaedah baharu pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025

Utusan Sarawak 9 months ago

Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sedang memperincikan cadangan untuk menyediakan sistem baharu bagi proses pemilihan atlet ke Sukan SEA 2025 di Thailand, kata Setiausaha Agung MOM Datuk Mohd Nazifuddin Najib.

Beliau berkata sistem itu bakal menyaksikan hanya atlet yang benar-benar terbaik, akan disenaraikan pada temasya dwitahunan berkenaan.

“Minggu ini kita sudah jumpa persatuan sukan dan kita lihat lebih baik ada satu kriteria kelayakan untuk setiap sukan. Berbanding sebelum ini, kita hanya menggunakan satu sistem kelayakan yang ada kategori A dan kategori B.

“Jadi kita nak setiap persatuan bincang balik dan dapatkan kriteria untuk Sukan SEA yang mereka rasakan terbaik dari segi merit dan prestasi atlet. Kita akan bawa perkara ini ke perbincangan jawatankuasa akan datang,” katanya ketika ditemui pada Mesyuarat Majlis Eksekutif MOM kali ke-210 di Wisma MOM di sini hari ini.

Nazifuddin ketika mengulas lanjut mengenai cadangan itu berkata sistem berkenaan sudah digunakan oleh beberapa negara di Asia Tenggara seperti Singapura.

Beliau berkata sistem itu juga dilihat lebih telus, apabila pencapaian atlet akan diukur berdasarkan kejohanan semasa yang mereka sertai beberapa bulan sebelum temasya dwitahunan itu.

“Macam sistem lama, kita harapkan rekod lama contohnya mereka kena juara Sukan SEA, juara SUKMA (Sukan Malaysia), jadi rekod ini terlalu lama bukan terkini dan kita perlukan pencapaian terkini.

“Bila ada kriteria kelayakan itu, kita akan lihat kejohanan terdekat mereka sebelum Sukan SEA yang diluluskan oleh badan induk persatuan sukan dunia dan Asia. Jadi, kita nak ke arah lebih telus dan juga lagi terperinci supaya atlet tahu pencapaian sendiri dan apa yang mereka kena hadapi,” katanya.

Nazifuddin meminta Persatuan Sukan Kebangsaan (NSA) untuk membentangkan kriteria kelayakan atlet ke Sukan SEA selewat-lewatnya pada hujung tahun ini, untuk dibawa ke mesyuarat pemilihan atlet awal tahun hadapan.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Tidak menepati sasaran 83 emas, Sarawak tetap bangga juara kali ke-14
Next: Para SUKMA 2024: Emas terakhir milik Mohd Firdaus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.