Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mohamad Duri bersemuka tangani isu penduduk setempat
  • Tengah
  • WILAYAH

Mohamad Duri bersemuka tangani isu penduduk setempat

Utusan Sarawak 1 month ago
MOHAMAD Duri sedang melakukan perbincangan bersama masyarakat setempat di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kalaka, hari ini.
Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Pertemuan bersemuka dalam keadaan santai antara masyarakat dan wakil rakyat merupakan kaedah terbaik bagi mendengar keluhan rakyat di peringkat akar umbi, selain  berada di lapangan bagi melihat sendiri keperluan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri, memaklumkan perjumpaan dengan masyarakat di Pejabat Pusat Khidmat Kalaka sering kali diadakan bagi membincangkan permohonan dan menyelesaikan isu melibatkan penduduk setempat di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

“Kaedah bersemuka yang digunakan ini amat berkesan kerana berpeluang mendekati rakyat dengan lebih dekat. Dengan pendekatan itu kita dapat mendengar sendiri apa yang ingin dikemukakan rakyat tanpa perlu melalui orang tengah yang kemungkinan mengambil masa untuk sampai ke pengetahuannya.

“Saya mengamalkan pendekatan ini sejak saya mula menjadi wakil rakyat di sini lagi, kerana saya percaya ini adalah cara yang terbaik. Saya boleh katakan bahawa pertemuan ini adalah seperti keluarga kerana kemesraan itu amat erat sekali,” katanya.

Mohamad Duri, berkata sekiranya terdapat kekeliruan rakyat mengenai beberapa isu, beliau dapat berkongsi maklumat yang sahih terus kepada rakyat sekali gus menangkis fitnah pihak tidak bertanggungjawab.

“Keperluan rakyat di kawasan ini adalah perkara utama difokuskan, walaupun mengambil masa untuk dilaksanakan terutamanya program pembangunan yang harus dilakukan secara sistematik bagi memastikan rakyat menikmati masa depan yang lebih baik,” ujarnya.

Tambahnya lagi, beliau dan Pejabat Pusat Khidmat ADUN Kalaka serta dibantu oleh beberapa agensi kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan sentiasa bersama-sama mencari jalan serta menyelesaikan masalah masyarakat di kawasan berkenaan.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Pokok tecoma ‘Sakura Malaysia’ mekar indah di Miri
Next: Platform terbaik kongsi idea, pendapat majukan rumah panjang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.