Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • MJKR Lawas terus perkasa keselamatan jalan raya
  • Utara
  • WILAYAH

MJKR Lawas terus perkasa keselamatan jalan raya

Utusan Sarawak 2 months ago
UTAMAKAN KESELAMATAN… Dato Henry Sum Agong membantu memasang topi keledar baharu kepada salah seorang penunggang motosikal semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Lawas 2025 di hadapan bangunan Pasar Besar Lawas, hari ini.

LAWAS: Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Daerah Lawas serta pelbagai agensi penguatkuasa meneruskan usaha memperkasa keselamatan jalan raya apabila mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Lawas 2025 di hadapan bangunan Pasar Besar Lawas, hari ini.

Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong hadir bagi memeriahkan majlis tersebut dan telah mengedarkan 20 topi keledar, kit keselamatan jalan raya, 300 pek bubur kacang daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, 300 pek bubur kacang daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Lawas, 300 pek bubur lambuk daripada MKJR dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sementara itu, Henry Sum berharap agar pengguna jalan raya akan lebih bertanggungjawab semasa memandu kenderaan sepanjang musim perayaan Aidilfitri akan datang.

Beliau turut menegaskan amalan memeriksa kenderaan adalah penting sebelum pulang ke kampung masing-masing.

AGIH KIT KESELAMATAN… Dato Henry Sum Agong menyampaikan kit keselamatan jalan raya, bubur lambuk dan bubur kacang semasa Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Lawas 2025 di hadapan bangunan Pasar Besar Lawas, hari ini.

“Kepada umat Islam, kita harap semua dapat menamatkan puasa sebagai tanggungjawab kepada agama dan jika letih, adalah perlu untuk merancang perjalanan mengikut waktu yang sesuai, ” katanya selepas merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Daerah Lawas 2025 anjuran MKJR Lawas, yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok.

Hadir sama, Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok, Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintenden Polis (DSP) Liong Tindan, Ketua Cawangan JPJ Lawas Hadri Rahman, Ketua BBP Lawas Clarence D. Primus Tiandun dan wakil jabatan kerajaan lain.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Patuhi prosedur bina bangunan
Next: Banjir reda, lima PPS ditutup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.