Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Michele Braim dicalonkan semula sebagai Pengerusi PBS
  • WILAYAH

Michele Braim dicalonkan semula sebagai Pengerusi PBS

Utusan Sarawak 2 years ago

KEKAL KEPIMPINAN... Michele (duduk, tiga kiri barisan hadapan) bersama Temenggong Nicholas dan barisan jawatankuasa tertinggi PBS Cawangan Bandar Limbang Sesi 2023-2024.

LAWAS:  Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) Cawangan Bandar Limbang sepakat mencalonkan semula Michele Braim sebagai pengerusi persatuan bagi Sesi 2023-2024.

Michele Braim, 43, yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Perubatan Hospital Limbang, buat kali pertamanya memegang jawatan tersebut pada 2020, kini kekal mempertahankan jawatannya untuk penggal 2023-2024.

“Kita menyarankan agar lebih ramai anak muda masyarakat Bisaya di kawasan Bandar Limbang untuk mendaftar diri sebagai ahli PBS.

“PBS Cawangan Bandar Limbang akan terus  merancang untuk mengadakan lebih banyak aktiviti melibatkan anak muda dalam program berunsur kebudayaan Bisaya untuk mengentengahkan seni tradisi budaya Bisaya di peringkat lebih tinggi,” ujarnya sebaik dipilih semula menerajui PBS Cawangan Bandar Limbang, semalam.

Michele turut berkata, PBS Cawangan Bandar Limbang juga sedang dalam perancangan untuk melibatkan lebih ramai suku kaum etniknya dalam Pesta Babulang tahun ini.

Pada masa sama, tambahnya, PBS Bandar Limbang akan terus memberi sokongan pada aktiviti social seperti kempen derma darah,  anjurkan lawatan di luar dan kawasan Limbang tahun ini.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PBS Cawangan Bandar Limbang Sesi 2023-2024 dibarisi Peter  Sakai sebagai Naib Pengerusi, Helimah Muda (Setiausaha),   Susieta  Kasim (Penolong Setiausaha),  Richard Bangkit  Ellai (Bendahari) dan  Xavier Ginafah Sidop sebagai Penolong Bendahari.

Ahli jawatankuasa lain adalah Cecelia Yalin  Silan, Cecelia Sampai Yum, Rohana Burut,  Ding Anyie dan Jon@John Bunsuan.

Pencalonan tersebut telah dilaksanakan pada mesyuarat tritahunan dan pemilihan kepimpinan baharu yang diadakan semalam.

Turut hadir, Temenggong Nicholas Boyok Pura merangkap Penasihat PBS Bandar Limbang.

Oleh ADENG EDRUS

Continue Reading

Previous: Banjir: Segera berpindah jika diarahkan – JPBN Sarawak
Next: Program Tempat Kerja Bebas Dadah didik majikan, pekerja cegah penyalahgunaan dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.