Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Michael Kong gesa tindakan tegas selepas insiden kabel hempap kenderaan
  • Selatan
  • WILAYAH

Michael Kong gesa tindakan tegas selepas insiden kabel hempap kenderaan

Utusan Sarawak 4 hours ago
MICHAEL KONG melihat keadaan kenderaan yang rosak selepas dihempap kabel staywire yang jatuh di Jalan Stutong Baru, Kuching, pada Ahad lepas.

KUCHING: Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Stampin, Michael Kong Feng Nian, menggesa langkah keselamatan dipertingkatkan serta tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak bertanggungjawab susulan kejadian sebuah kenderaan rosak teruk akibat terkena kabel staywire di Jalan Stutong Baru, pada Ahad lepas.

Menurut beliau, kejadian itu mengakibatkan kerosakan besar pada kenderaan terbabit, termasuk lampu hadapan, cermin depan, bonet dan fender.

“Semasa lawatan saya ke lokasi kejadian, dimaklumkan bahawa dua individu sedang menjalankan kerja penebangan pokok di seberang jalan. Apabila pokok tumbang, ia turut menarik kabel overhead yang bersambung dengannya sehingga kabel dan staywire itu jatuh ke atas jalan raya yang sibuk sebelum menghempap sebuah kenderaan yang sedang melalui kawasan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kontraktor terbabit dipercayai sedang menjalankan kerja pembersihan longkang utama serta penebangan pokok di kawasan Jalan Stutong ketika kejadian berlaku.

Katanya, insiden itu bukan sahaja menyebabkan kerosakan harta benda orang awam, malah turut menjejaskan perkhidmatan telekomunikasi apabila pihak Sacofa terpaksa bekerja lebih masa untuk memulihkan rangkaian operator mudah alih di kawasan terjejas.

“Adalah amat penting untuk semua pihak lebih berhati-hati ketika menjalankan kerja penebangan pokok, khususnya di kawasan berhampiran kabel utiliti dan talian elektrik,” tegasnya.

KABEL staywire yang jatuh ke atas jalan raya menyebabkan sebuah kenderaan mengalami kerosakan teruk di Jalan Stutong Baru.

Menurut beliau, kejadian itu menunjukkan kerja penebangan pokok berhampiran infrastruktur utiliti tidak boleh dilakukan secara cuai atau tanpa penyelarasan yang rapi kerana boleh membahayakan pekerja serta orang awam.

“Kejadian ini berpotensi mengakibatkan insiden lebih serius termasuk kecederaan parah atau kehilangan nyawa. Mujur tiada mangsa yang cedera dalam kejadian ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa pemilik kenderaan terbabit telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

“Kami akan membantu mangsa membuat susulan berhubung isu ini serta memastikan pihak yang bertanggungjawab terhadap kerja penebangan pokok itu dipertanggungjawabkan atas kerugian dan kerosakan yang dialami,” tambahnya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang sejak hadir pengebumian masih belum ditemukan
Next: Teknologi pendidikan luar bandar perlu diperkukuhkan — Larry Sng

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.