Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mayat mangsa perahu karam ditemui terapung
  • WILAYAH

Mayat mangsa perahu karam ditemui terapung

Utusan Sarawak 2 years ago

DITEMUI... Pihak Bomba, APM dan PDRM mengangkat masuk mayat seorang lelaki berusia 47 tahun yang telah ditemui ke dalam kenderaan.

SIBU: Mayat seorang lelaki berusia 47 tahun yang hilang selepas bot panjang yang dinaikinya terbalik pada Ahad lalu di Sungai Nanga Song, telah ditemui terapung berhampiran Kem Begalak, Batang Rajang pagi tadi (14 Februari).

Menurut kenyataan daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya telah menerima panggilan daripada orang awam pada 6.57 pagi berhubung penemuan mayat berkenaan. 

“Pasukan penyelamat segera dikerahkan ke tempat kejadian untuk mengambil mayat tersebut dimana seramai lima anggota terlibat diketuai PB Rin Aho.

“Setibanya di lokasi, Komander Operasi melaporkan satu mayat telah dijumpai terapung 13 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai tenggelam, mayat kemudiannya telah dibawa ke dermaga Song,” jelasnya.

Mangsa dikenali sebagai Gawing Anak Mancha berusia 47 tahun. 

Terdahulu, pada Ahad (12 Februari), mangsa menaiki bot panjang bersama enam yang lain ke bandar Song dari Rh Ekeh Nanga Pan.

Enam daripada mereka berjaya menyelamatkan diri dan dibawa ke dermaga sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan Song untuk rawatan lanjut.

Oleh RAIHAN OMERA KAUSAR 

Continue Reading

Previous: ADUN Meradong antara terawal santuni mangsa kebakaran
Next: Hari apresiasi galakkan persaingan sihat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.