Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Masyarakat disaran sertai PBSMM, tingkat celik pertolongan cemas
  • KESIHATAN

Masyarakat disaran sertai PBSMM, tingkat celik pertolongan cemas

Utusan Sarawak 2 months ago
CELIK CPR… Oscar Ling (tiga, kanan) menunjukkan teknik pertolongan cemas sambil diperhatikan Dr Nanthakumar (dua, kiri), Chua (kanan), dan tetamu lain semasa pelancaran Kempen Jualan Bendera PBSMM Cabang Sibu, hari ini.

SIBU: Orang ramai disarankan menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan asas mengenai pertolongan cemas yang mampu menyelamatkan nyawa ketika kecemasan.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling, berkata pengetahuan asas pertolongan cemas merupakan aspek penting dalam membentuk komuniti yang bersedia dan tidak panik apabila berdepan situasi mencemaskan.

“Setiap individu wajar memiliki sekurang-kurangnya asas pertolongan cemas. Dengan ini, kita dapat melahirkan masyarakat yang peka, bertindak pantas dan mampu membantu sebelum bantuan perubatan tiba,” katanya semasa melancarkan Kempen Jualan Bendera PBSMM Cabang Sibu di Pusat Komersil Taman Rejang, hari ini.

Kempen tersebut dianjurkan sempena Program Saringan Kesihatan Percuma oleh Pusat Khidmat Parlimen P.212 Sibu dengan kerjasama Persatuan Bidan Sarawak Cawangan Sibu, yang berlangsung dari 11 hingga 12 April.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Hospital Sibu, Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu dan Pengerusi PBSMM Cabang Sibu, Penghulu Chua Hiong Kee.

Menurut Ling, kempen ini bukan sahaja bertujuan mengumpul dana bagi aktiviti kemanusiaan, tetapi turut menggalakkan penglibatan aktif masyarakat dalam PBSMM.

“Melalui penyertaan dalam PBSMM, orang ramai boleh mempelajari kemahiran penting seperti CPR dan asas pertolongan cemas,” katanya.
“Ini membolehkan komuniti kita lebih bersedia dan mampu bertindak segera apabila berlaku kecemasan.”

Ling turut memaklumkan bahawa PBSMM Cabang Sibu kini memiliki beberapa ambulans, dan semakin aktif dalam membantu masyarakat setempat.

Sementara itu, Chua menekankan bahawa ilmu pertolongan cemas perlu dimiliki oleh setiap individu, bukan hanya seorang dalam setiap keluarga.

“Situasi seperti serangan jantung menuntut tindakan pantas dalam tempoh empat minit pertama — dikenali sebagai ‘golden minutes’.

“Tanpa bantuan awal sebelum ambulans tiba, nyawa pesakit mungkin tidak dapat diselamatkan,” jelasnya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Komitmen tinggi semua pihak dalam tingkat kesedaran kanser serviks
Next: Kesan obesiti dan diabetes terhadap penyakit hati di Malaysia  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.