SIBU: Pusat Khidmat N54 Pelawan dengan kerjasama JKKK Jalan Merdeka/Meritam dan rakan kongsi kesihatan akan menganjurkan Program Saringan Kesihatan Komuniti secara percuma pada Sabtu ini.
Program berkenaan akan diadakan dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di kawasan parkir pusat komersial Dewan Suarah Sibu.
Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk saringan kesihatan umum secara percuma, konsultasi profesional serta penilaian tulang belakang dan sendi, termasuk analisis kesakitan berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Orang ramai dijemput mengambil peluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan serta nasihat profesional berkaitan keadaan kesihatan masing-masing.
Menerusi kenyataan hari ini, pihak penganjur turut menggalakkan orang ramai membawa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk menyertai program berkenaan.
Program tersebut terbuka kepada semua dan percuma tanpa sebarang bayaran.
Oleh Akun Giman





