Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mangsa kebakaran terima bantuan
  • TEMPATAN

Mangsa kebakaran terima bantuan

Utusan Sarawak 5 years ago
BANTUAN… Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Rosey Yunus menyampaikan bantuan keperluan kepada Aba Othman (mangsa kebakaran) di Kampung Labau Kelulit, semalam.

BEKENU : Mangsa kebakaran di Kampung Labau Kelulit, Aba Othman mendapat bantuan berupa barangan keperluan daripada Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Rosey Yunus di sini semalam.

Rosey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata, bantuan tersebut diharap dapat membantu meringankan beban mangsa yang mempunyai ramai ahli keluarga.

Sementara itu, Aba Othman berkata kejadian kebakaran yang berlaku sekitar jam 7.30 pagi pada 28 Julai lepas telah menyebabkan dia dan keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Katanya, ahli keluarganya adalah seramai 10 orang iaitu isteri, Kamariah Ahmad, 48, dan enam orang anak berusia antara sembilan hingga 29 tahun, dua orang cucu masing-masing berusia 7 dan 10 tahun.

Menceritakan tentang insiden tersebut, Aba berkata pada pagi hari kejadian dia pergi menghantar anak dan cucu ke sekolah. Sekembalinya ke rumah, dia mendapati seorang anaknya masih tidur di dalam bilik.

“Saya terus ke kebun. Tidak lama kemudian, seorang penduduk kampung datang dan memberitahu rumah kami sedang terbakar. Syukur anak saya terselamat,” katanya sambil menambah tidak dapat berbuat apa-apa untuk rumahnya.

Menurut Aba, kejadian kebakaran rumah ini merupakan kali kedua dialaminya selepas kejadian pertama berlaku sekitar tahun 2007.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: RM3.25 juta laksana 9 JPD Parlimen Bintulu
Next: RM30 juta naik taraf Semenggoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.