Kuching Maraton 2026: Beberapa jalan ditutup, dilencong mulai Sabtu ini

Facebook
WhatsApp
LALUAN Kuching Maraton 2026 bagi kategori 21 kilometer (atas) dan 42 kilometer (bawah).

KUCHING: Beberapa jalan di Kuching akan ditutup atau dilencongkan mulai tengah hari Sabtu hingga 10.00 pagi Ahad sempena penganjuran Kuching Maraton 2026 yang melibatkan peserta tempatan dan antarabangsa.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata penutupan akan dilaksanakan secara berperingkat bagi melancarkan persiapan acara, memastikan keselamatan peserta serta mengurangkan gangguan terhadap aliran trafik.

Katanya, Lebuh Wayang/Jalan Main Bazaar akan ditutup mulai tengah hari Sabtu hingga 10.00 pagi keesokan harinya, manakala Jalan Main Bazaar/Jalan Tun Abang Haji Openg, Jalan Tun Abang Haji Openg/Jalan Carpenter Street serta Jalan Barrack/Jalan Pearl akan ditutup mulai 10.00 malam Sabtu ini.

LALUAN Kuching Maraton 2026 bagi kategori 5kilometer (atas) dan 10 kilometer (bawah).

“Mulai 12.01 tengah malam hingga 10.00 pagi pada Ahad, beberapa jalan dan persimpangan di sepanjang laluan perlumbaan turut akan ditutup atau dilencongkan bagi memberi laluan kepada peserta Kuching Maraton,” katanya.

Antara lokasi terlibat ialah lampu isyarat Jalan Pearl/Jalan Wawasan, Lebuh Wayang/Jalan Wawasan, Jalan McDougall/Jalan Tun Abang Haji Openg, Susur Jalan Haji Taha, lampu isyarat Jalan Ajibah Abol, simpang Jalan Muhibbah/Jalan Kulas, simpang Jalan Tun Abdul Rahman Yaakob/Jalan Merdeka, lampu isyarat Jalan Kampung Lintang/Jalan Astana serta Bulatan Mahkamah, Bulatan Sesco dan Bulatan Samariang.

Turut terlibat ialah Bulatan Yayasan, Bulatan Kesuma Resort, Bulatan Stadium, Bulatan Gersik, lampu isyarat Merrican Salleh/Jalan Kwong Lee Bank, lampu isyarat Klinik Tanah Putih dan Jalan Sekama/Pending serta persimpangan Jalan Gamelan/Jalan Tun Abdul Rahman Yaakob.

Alexson turut meminta kerjasama orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di sepanjang bahu jalan di kawasan terlibat.

“Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-259900.

Oleh Connie Chieng

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak