Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mangsa jatuh di Sungai Kayan belum dikesan
  • WILAYAH

Mangsa jatuh di Sungai Kayan belum dikesan

Utusan Sarawak 5 months ago

Operasi mencari mangsa dikhuatiri lemas hari ini. Foto APM Lundu.

LUNDU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa jatuh dari bot di Kampung Klaoh, Sungai Batang Kayan di sini belum dikesan.

Berikutan itu, SAR ditangguhkan petang ini untuk disambung semula esok.

Mangsa dikenali sebagai Jokepli Hamdi berumur 60 tahun.

Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Lundu dalam hebahan di laman Facebook menyatakan bahawa, operasi hari ini tidak menunjukkan sebarang penemuan atau tanda-tanda baharu  dijumpai di sepanjang lokasi pencarian.

Menurut maklumat dari saksi yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian, ketika mangsa sedang mengemas bot di jeti,kelihatan berpakaian berwarna biru muda lengan panjang dan berseluar sukan berwarna hitam dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai dari bot yang dinaikinya.

Mangsa sempat meminta bantuan dan berusaha untuk berenang ke tebing sungai.

Saksi menyiapkan bot dan terus menuju ke arah mangsa untuk menghulurkan bantuan, tetapi mangsa telah hilang dihanyutkan arus deras. 

Operasi pencarian hari ini dimulakan pada jam 8:00 pagi tadi dengan mengunakan bot dengan radius pencarian 2.5 kilometer dari hilir ke hulu sungai dari lokasi mangsa jatuh.

Operasi SAR hari kedua hari ini ditangguhkan pada jam 6:03 petang tadi.

Continue Reading

Previous: Bomba selamatkan pendaki diserang asma di Miri
Next: Tanah gelongsor berdekatan SK Menuang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.