Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mangsa banjir luka kecil perlu rawatan segera, boleh jadi jangkitan serius
  • SEMASA

Mangsa banjir luka kecil perlu rawatan segera, boleh jadi jangkitan serius

Utusan Sarawak 3 months ago

Dato Sri Fatimah Abdullah melawat mangsa banjir di PPS Asyakirin.

BINTULU: Mangsa banjir dinasihatkan untuk tidak mengambil mudah risiko jangkitan akibat air banjir yang kotor, kerana luka kecil boleh bertukar menjadi jangkitan serius jika tidak dirawat dengan betul.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, pihaknya telah menerima kes individu yang mengalami luka selepas membersihkan rumah, namun enggan mendapatkan rawatan perubatan.

“Ada satu kes di mana seorang mangsa merawat sendiri selepas mengalami luka ketika membersihkan rumahnya tetapi merawat sendiri. 

“Ini bahaya kerana luka kecil boleh jadi besar serta menyebabkan jangkitan teruk, terutama bagi warga emas dan pesakit kencing manis,” katanya ketika meninjau keadaan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Asyakirin, di sini, hari ini.

Justeru, Fatimah mengingatkan semua mangsa banjir supaya memakai kasut but ketika membersihkan rumah bagi mengelakkan kecederaan, dan segera ke klinik atau hospital jika mengalami luka.

“Jangan ambil mudah kerana air banjir itu penuh kuman dan bakteria. 

“Jika ada luka, pergi dapatkan rawatan doktor, jangan berubat sendiri,” ujarnya.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Bencana: Bomba bersama Angkatan Tentera, Lembaga Sungai Sarawak hantar bantuan makanan
Next: Bantuan RM1,000 mangsa banjir diberi untuk keluarga benar-benar terjejas – Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.