Serian, Lundu catat IPU tidak sihat

Facebook
WhatsApp
BACAAN Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian (MCAQM) meningkat kepada 157 dan Lundu turut mencatat bacaan 107, masing-masing berada dalam kategori tidak sihat setakat 4.00 petang hari ini.

KUCHING: Kualiti udara di kebanyakan kawasan Sarawak masih berada pada tahap sederhana setakat 4.00 petang ini, dengan IPD Serian (MCAQM) meningkat kepada 157 dan Lundu turut merekodkan bacaan tidak sihat pada 107.

Bacaan dalam kategori sederhana turut direkodkan di Kuching (93), Samarahan (90), Sri Aman (80), Betong (78), Tebedu (72), Bintulu (61), Kanowit (61), Samalaju (59), Sarikei dan Kapit masing-masing 56, Mukah (55), Sibu (54), Limbang (52), Miri (51) serta Lubok Antu (100).

Sementara itu, ILP Miri (45), Lawas (45), Bario (26) dan Belaga (24) berada dalam kategori baik.