KUCHING: Kualiti udara di lapan kawasan di Sarawak berada pada tahap tidak sihat setakat 12.00 tengah hari ini, dengan Serian merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 175.
Berdasarkan pemantauan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), Lundu mencatat IPU 162, diikuti Samarahan (160), Kuching (159) dan Betong (151).
Sri Aman pula merekodkan IPU 140, Lubok Antu (119) manakala Kanowit mencatat 102.
Sementara itu, lapan kawasan berada pada tahap sederhana iaitu Tebedu (99), Sarikei (77), Sibu (75), Samalaju (73), Belaga (68), Mukah (67), Bintulu (65) dan Kapit (62).
Lima kawasan masih merekodkan kualiti udara baik iaitu Lawas dengan IPU 41, Miri (37), ILP Miri (32), Bario (29) dan Limbang (28).
Berbanding bacaan 9.00 pagi, jumlah kawasan yang berada pada tahap tidak sihat meningkat daripada tujuh kepada lapan kawasan setakat tengah hari.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara 0 hingga 50 diklasifikasikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 adalah tidak sihat.
Setakat 12.00 tengah hari, tiada kawasan di Sarawak merekodkan IPU pada tahap sangat tidak sihat atau lebih buruk.




