Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mahkamah Christchurch dikawal ketat
  • GLOBAL

Mahkamah Christchurch dikawal ketat

Utusan Sarawak 5 years ago
DIKAWAL KETAT… Polis mengawal bangunan mahkamah. •Foto AFP

WELLINGTON: Kompleks mahkamah di Christchurch dikawal ketat susulan prosiding jatuh hukum terhadap lelaki yang yang menyerang dua masjid dan menembak mati 51 orang Islam, tahun lalu.

Ia dikawal oleh pasukan keselamatan dengan pita larangan polis dipasang di sekitar bangunan mahkamah.

Selain itu, anjing pengesan turut memeriksa petugas media dan kakitangan mahkamah yang beratur untuk memasuki bangunan berkenaan.

Prosiding jatuh hukum itu dijangka berlangsung empat hari bermula Isnin. Lebih 60 individu dari memberikan kenyataan impak mangsa (VIS) sebelum hakim menjatuhkan hukuman.

Tertuduh, Brenton Tarrant, 29, sebelum ini mengaku bersalah atas 51 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan bunuh dan satu pertuduhan keganasan.

Dia berdepan dengan hukuman penjara sepanjang hayat. Difahamkan, tertuduh itu diletakkan di lokap di tingkat bawah mahkamah.

Dalam pada itu, mahkamah juga akan memberitahu wakil media mengenai butiran yang boleh diterbitkan atau tidak, pada akhir Ia bagi memastikan Tarrant tidak mengambil kesempatan itu untuk menyebarkan propaganda aktiviti keganasan.

Dalam pada itu, prosiding itu akan diterjemahkan secara langsung ke dalam lapan bahasa juga disediakan bagi memenuhi keperluan masyarakat Muslim New Zealand yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan.

Pada kejadian 15 Mac tahun lalu itu, Tarrant melepaskan tembakan di dua masjid Christchurch dan menyiarkannya menerusi penstriman langsung di Facebook.-AFP

Continue Reading

Previous: Juruterbang masih hidup selepas pesawat ditembak
Next: 70 terperangkap dalam runtuhan pangsapuri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.