Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lyechea Charlie Kumang Gawai Dayak Bintulu
  • WILAYAH

Lyechea Charlie Kumang Gawai Dayak Bintulu

Utusan Sarawak 11 months ago
LYECHEA (duduk, tengah) diapit Jolin (kiri) dan Emilia (kanan) merakam gambar bersama tujuh pemenang hadiah sagu hati Pekit Kumang Gawai Dayak Bintulu 2024.

BINTULU: Lyechea Charlie dinobatkan sebagai Kumang Gawai Dayak Bintulu pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak Peringkat Bahagian Bintulu di salah sebuah retoran terkemuka di sini, semalam.

Dengan kemenangan tersebut, gadis berusia 23 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta tiara, piala iringan, selempang, jambangan bunga dan sijil penyertaan.

Bukan itu sahaja, Lyechea turut diumumkan sebagai pemenang ‘Ngepan Pemadu Manah’ sekali gus menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 dan selendang.

Gelaran Lulong Gawai atau naib johan pula dimenangi Jolin Ling,19, yang menerima wang tunai RM7,000 dengan piala iringan, selempang, jambangan bunga dan sijil penyertaan.

Sementara itu, gelaran ‘Selinggar Matahari Gawai’ atau tempat ketiga pula diraih  Emilia Mujan Kayan, 29, yang membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta selempang, piala iringan, jambangan bunga dan sijil penyertaan.

Tujuh peserta di tempat keempat hingga ke-10, terdiri daripada Arabella Sunta Langkan, Jianna Lent Sim Jimbun, Stephanie Abby Beji, Rebecca Lu Yann Ru, Steffy Sharon Saging, Avril Lavigne Siang dan Party Sofia Bantin, masing-masing menerima hadiah sagu hati wang tunai bernilai RM500, jambangan bunga dan sijil penyertaan.

Hadiah kepada pemenang disampaikan oleh isteri Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Datin Seri Loreta Sawot.

Seramai 10 finalis bertanding dalam Pekit Kumang Gawai Dayak Bintulu pada Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2024 Peringkat Bahagian Bintulu yang disempurnakan oleh Dr Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Usaha semua pihak sumbang pertambahan murid
Next: Lebih kurang 10,000 penduduk kawasan Pulau Bruit bakal manfaat klinik kesihatan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.