Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Liverpool mungkin tidak turunkan Alisson malam esok
  • SUKAN

Liverpool mungkin tidak turunkan Alisson malam esok

Utusan Sarawak 8 months ago

Alisson alami kecederaan hamstring sekali gus mungkin terlepas aksi bertemu Bournemouth, malam esok

LONDON: Pengurus Liverpool, Arne Slot mendedahkan penjaga gol Brazil, Alisson Becker mungkin tidak dapat diturunkan pada pertemuan menentang Bournemouth dalam saingan Liga Perdana Inggeris, malam esok.

Kecederaan hamstring yang dialami Alisson sejak beberapa minggu lalu bertambah teruk ketika skuad The Reds mencatat kemenangan ke atas AC Milan dalam saingan Liga Juara-Juara, kelmarin.

Pemain antarabangsa Brazil itu bermain dalam setiap perlawanan untuk Liverpool musim ini, kekal rekod tanpa bolos dalam tiga daripada lima perlawanan.

Justeru, ketiadaannya pasti akan menjadi satu kehilangan besar buat anak buah Slot dalam misi memburu gelaran liga.

Penjaga gol Ireland, Caoimhin Kelleher kemungkinan akan menggantikan Alisson jika pemain berusia 31 tahun itu tidak dapat beraksi menentang Bournemouth di Anfield, malam esok.

“Jika dia tidak dapat berlatih hari ini, kemungkinan besar dia tidak akan bermain. Dia mengalami sedikit masalah dibahagian ototnya,” kata Slot kepada pemberita, hari ini.

“Kami tidak pasti sama ada perlawanan ini terlalu awal untuknya atau tidak. Kecederaan dialaminya bukan ketika menentang Milan, ia berlaku sebelum itu lagi. Namun, kecederaannya bertambah teruk ketika bertemu Milan.” – AFP

Continue Reading

Previous: Para SUKMA: Jadikan kejayaan Bonnie pembakar semangat
Next: Wajah baharu Old Trafford bernilai RM11.18 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.