70 peratus struktur bengkel kereta di Pasar Lama Bintulu terbakar

Facebook
WhatsApp
KEADAAN bengkel kereta di Pasar Lama Bintulu yang kira-kira 70 peratus strukturnya musnah dalam kebakaran petang tadi. Foto JBOM Sarawak

BINTULU, 27 Oktober: Kira-kira 70 peratus struktur sebuah bengkel kereta di Pasar Lama Bintulu musnah dalam kebakaran petang tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.53 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan bangunan berukuran kira-kira 20 x 40 kaki dan berjaya dikawal pada 6.23 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

ANGGOTA bomba dari BBP Bintulu dan BBP Kidurong menjalankan operasi memadam kebakaran di sebuah bengkel kereta di Pasar Lama Bintulu. Foto JBPM Sarawak

Operasi pemadaman dijalankan oleh anggota BBP Bintulu dengan bantuan BBP Kidurong menggunakan dua aliran hos sepanjang 200 kaki yang dilengkapi dua nozel.

Bekalan air untuk operasi pemadaman diperoleh daripada pili bomba berhampiran lokasi kejadian.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Oleh Carolyne Utih