Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lepasi 270 undi, Donald Trump menang pilihan raya presiden AS
  • GLOBAL

Lepasi 270 undi, Donald Trump menang pilihan raya presiden AS

Utusan Sarawak 7 months ago

Donald Trump berucap semasa acara malam pilihan raya di Pusat Konvensyen West Palm Beach di West Palm Beach, Florida, pada 6 November 2024. Foto AFP

WASHINGTON: Calon Republikan Donald Trump melepasi 270 undi badan perwakilan pemilih yang diperlukan untuk memenangi pilihan raya presiden AS 2024 dan kembali ke Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Fox News.

Trump menewaskan pencabarnya dari parti Demokrat Kamala Harris, dalam perlumbaan pada Selasa, memperoleh 277 undi perwakilan dan mengesahkan kedudukannya sebagai presiden ke-47 negara itu, menurut Fox News, yang secara tradisinya memihak kepada Trump dan Parti Republikan.

Calon Republikan itu memenangi undian di negeri-negeri penentu termasuk North Carolina, Georgia, Pennsylvania dan Wisconsin serta negeri lain seperti Indiana, Kentucky, West Virginia, Florida, Tennessee, South Carolina, Oklahoma, Mississippi, Alabama, Arkansas, North Dakota, South Dakota, Wyoming, Nebraska, Louisiana, Ohio, Texas, Missouri, Utah, Montana, Kansas, Iowa dan Idaho.

Trump pertama kali dipilih sebagai Presiden pada 2016, menewaskan bekas Setiausaha Negara Hillary Clinton.

Pada 2020, beliau ditewaskan oleh Joe Biden, yang pernah berkhidmat sebagai Naib Presiden di bawah Presiden Obama.

Kemenangan ini menjadikan Trump satu-satunya Presiden AS yang berkhidmat dalam penggal tidak berturutan, mengikuti jejak Grover Cleveland, yang berkhidmat dua penggal pada akhir 1800-an.

Sehingga Julai, Trump bersaing dengan Presiden Joe Biden, yang ketika itu mahu meneruskan untuk penggal kedua. 

Selepas prestasi kurang memuaskan dalam debat pada Jun menentang Trump, Biden menghadapi tekanan untuk menarik diri daripada pertandingan, yang akhirnya beliau lakukan beberapa minggu kemudian dengan memberi sokongan kepada Kamala Harris, Naib Presidennya. – AFP

Continue Reading

Previous: Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Donald Trump menang Pilihan Raya Presiden AS
Next: Gunung Merapi kembali meletusĀ 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.