Tiga ditahan di Bau selepas positif dadah

Facebook
WhatsApp
SUSPEK yang ditahan selepas didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing.

BAU: Polis menahan tiga individu selepas mereka didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Bau bersama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman, berkata tiga suspek terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun dan ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, tangkapan dibuat dalam operasi berasingan di kawasan Kampung Siniawan Seberang dan sekitar Sebuku, Bau.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan antara 11.15 pagi hingga 11.25 pagi mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya hari ini.

Haide berkata, hasil soal siasat awal mendapati ketiga-tiga suspek mengaku mengambil dadah jenis syabu pada hari mereka ditahan.

Katanya, dua daripada suspek mempunyai rekod lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Ketiga-tiga suspek ditahan di lokap Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut, manakala dua suspek yang mempunyai rekod lampau akan turut didakwa di Mahkamah Majistret Bau bagi kes terdahulu mereka,” katanya.

Tiada dadah atau barangan lain dirampas dalam operasi berkenaan.

Oleh Connie Chieng

Suspek curi dua rim kereta ditangkap

MIRI: Cubaan seorang lelaki mencuri dua rim kereta di Kampung Sungai Baong, Krokop, di sini, terbongkar selepas aksinya dirakam kamera