Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki maut kemalangan motosikal dengan lori
  • KEMALANGAN

Lelaki maut kemalangan motosikal dengan lori

Utusan Sarawak 5 months ago

Anggota bomba di lokasi kejadian.

SIBU: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Temalat-Song, awal pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, identiti mangsa tidak dapat dikenal pasti.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.16 pagi, dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song bergegas ke lokasi kejadian.

“Sampai di lokasi, didapati sebuah lori telah bertembung dengan sebuah motorsikal. Seorang mangsa penunggang motosikal tersepit di bawah tayar lori,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsadiserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 

“Selepas selesai, komander operasi mengarahkan anggota membuat pembersihan sisa-sisa kemalangan di lokasi kejadian,” katanya.

Continue Reading

Previous: Wanita cedera kemalangan libatkan dua kenderaan di Matang
Next: Mayat lelaki dipercayai dibaham buaya ditemui dalam keadaan tidak sempurna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.