Serian kekal sangat tidak sihat, IPU meningkat kepada 218

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 4.00 petang ini.

KUCHING: Serian terus merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap sangat tidak sihat apabila bacaannya meningkat kepada 218 setakat 4.00 petang hari ini.

Bacaan itu meningkat daripada 206 pada 12.00 tengah hari, sekali gus menjadikan Serian satu-satunya stesen di Sarawak yang berada dalam kategori sangat tidak sihat.

Sementara itu, sebanyak 15 stesen lain mencatat bacaan IPU pada tahap tidak sihat, dengan Tebedu merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 198, diikuti Lundu (197) dan Lubok Antu (196).

Samarahan pula mencatat bacaan 185, Sri Aman (183), Kuching (182), Betong (MCAQM) (170) dan Kanowit (165).

Sarikei merekodkan IPU 160, Samalaju (159), Sibu (157), Bintulu (156), Mukah (155), Miri (152) serta ILP Miri (147), kesemuanya pada tahap tidak sihat.

Empat stesen yang masih berada pada tahap sederhana ialah Lawas dengan bacaan 99, Kapit (96), Limbang (81) dan Bario (58).

Berbanding bacaan pada jam 12 tengah hari, IPU di Tebedu meningkat daripada 188 kepada 198, Lundu daripada 194 kepada 197 dan Lubok Antu daripada 186 kepada 196.

Dalam tempoh sama, bacaan di Samarahan meningkat daripada 181 kepada 185, Sri Aman daripada 175 kepada 183, manakala Kuching kekal pada 182.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan antara 201 hingga 300 berada pada tahap sangat tidak sihat.